Lampaui ke kandungan utama

Jika anda menjadi sebahagian daripada UPSers, usaha anda menjadikan dunia ini beroperasi dengan lebih baik. Matlamat inilah yang mendorong UPSers lebih bersemangat. Setiap hari, pasukan kami bertanggungjawab menggerakkan barangan, wang dan maklumat di lebih 200 negara dan wilayah. Selain menjadi syarikat penghantar barangan terbesar, UPS juga mengendalikan syarikat penerbangan terbesar di dunia. Armada kenderaan berkuasa alternatif kami adalah yang terulung jika dibandingkan dengan mana-mana syarikat lain.

Dengan evolusi UPS yang bermula daripada satu syarikat penghantar berbasikal kepada sebuah syarikat global bernilai berbilion dolar, kami terus memberikan tumpuan untuk membantu pelanggan kami bergerak — lebih cepat, lebih pintar dan lebih baik daripada sebelumnya.

Budaya Kami

Bagaimana agaknya bekerja di UPS? Kami percaya dan bertindak dengan integriti, semangat berpasukan dan khidmat. Kami komited dengan inovasi, keselamatan dan kemampanan. Ini bermakna, kami mendahulukan anda agar anda mampu menjalankan tugas dengan baik - dan mendapat ganjaran yang setimpal di setiap peringkat. UPSers bekerja keras, bekerjasama dan berciri usahawan. Jika anda mempunyai kriteria ini, andalah calon yang kami cari.

Ini ialah di antara usaha yang UPS laksanakan untuk menjadi majikan yang komited demi anda:

  • Memupuk tempat kerja yang pelbagai dan merangkumi pelbagai pihak di mana semua kakitangan dinilai berdasarkan kemahiran unik mereka
  • Membantu UPSers dengan pelbagai faedah di luar jangkaan
  • Melaburkan sebanyak $500 bilion dolar setahun untuk program latihan dan pembangunan insan
  • Menyemarakkan budaya komuniti yang saling membantu di kawasan tempat tinggal dan kerja

Teknologi & Inovasi

Di UPS, kami membekalkan kakitangan kami dengan teknologi yang termaju dalam industri. Sama ada menambah baik pesawat kami dengan teknologi tercanggih, membangunkan rangkaian  komputer terpintar untuk melaksanakan penghantaran kami dengan cekap, atau melengkapkan pemandu kami dengan teknologi terkini di pasaran, kami komited dengan inovasi dan kemajuan di setiap peringkat kerja. UPS melaburkan lebih $1 bilion dolar setahun dalam teknologi maklumat, satu fokus yang membolehkan UPSers agar terus memajukan industri perniagaan di dunia ini untuk terus beroperasi.